Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, notis pemberitahuan yang diserahkan penganjur perhimpunan haram itu kepada polis juga tidak menepati syarat dan peraturan.

“Pada 2 November lalu, notis pemberitahuan telah diberikan oleh pihak penganjur tetapi notis itu tidak lengkap kerana gagal mendapat persetujuan tuan premis hingga menyukarkan pihak polis memproses notis berkenaan.

“Oleh itu, saya mengingatkan orang ramai supaya tidak hadir dan mengikuti perhimpunan haram tersebut kerana mereka bakal berdepan hukuman,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – Utusan Online