Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perhimpunan berdarah

9:20am 24/07/2016 Pak Roshan 1682 views Global
SEORANG lelaki berjalan berhampiran mayat yang bergelimpangan. - Reuters

SEORANG lelaki berjalan berhampiran mayat yang bergelimpangan. – Reuters

Kabul: Sekurang-kurangnya 61 terbunuh dan 207 lagi cedera selepas pengebom berani mati meletupkan diri ketika ribuan etnik Hazara berfahaman Syiah berarak membuat bantahan di sini, semalam, kata polis.

Imej yang disiarkan di televisyen menunjukkan berpuluh-puluh mangsa terbaring di atas jalan raya yang berdarah.

Jurucakap kementerian kesihatan awam berkata, jumlah mangsa yang terbunuh meningkat kepada 61 orang dan 207 lagi cedera.

“Angka korban dijangka meningkat lagi kerana ramai mangsa yang cedera parah,” katanya.

Polis berkata, beberapa letupan kuat didengari ketika ribuan kumpulan penunjuk perasaan berarak bagi membantah pembinaan kabel elektrik di wilayah yang majoritinya penduduk etnik Hazara.

Bagaimanapun, pihak berkuasa belum dapat mengesahkan berapa ramai pengebom berani mati yang melancarkan serangan itu.

Seorang penganjur bantahan, Laila Mohammadi berkata, dia tiba di lokasi serangan tidak lama selepas letupan berlaku dan melihat banyak mayat dan mangsa yang cedera bergelimpangan.

“Saya melihat mayat dan mangsa berlumuran serta anggota badan manusia di merata tempat,” katanya.

Sementara itu, kumpulan militan Daish mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan berani mati berkenaan.

Kumpulan itu melalui agensi berita mereka, Amaq memberitahu, serangan berkenaan dilancarkan oleh dua pengebom berani mati.

“Dua pejuang Daish meletupkan bom di badan mereka ketika berada di tengah perhimpunan Syiah di Kabul,” katanya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan