Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pergolakan dalaman Pakatan Rakyat tidak mengejutkan

Datuk Seri Anifah Aman.
Datuk Seri Anifah Aman.

KOTA KINABALU – `Kita tidak melihat bila mana parti politik yang bergabung tetapi mempunyai ideologi, visi dan objektif berbeza dapat menubuhkan sebuah kerajaan,” kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata demikian saat diajukan persoalan berkaitan isu penolakan kerjasama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, terhadap PAS Sabah, semalam, ekoran isu pelaksanaan Hudud di Malaysia.

Anifah menjelaskan, beliau tidak hairan dengan situasi yang berlaku dalam gabungan parti Pakatan Rakyat (PR) itu dan menggangap pertelingkahan itu umpama `menunggu detik sahaja’.

“Persoalan saya ialah jika mereka ingin menubuhkan kerajaan kelak, dengan ideologi berbeza, hari ini, sebelum dapat membentuk kerajaan pun mereka sudah bertelagah. Sudah tentu (dengan sikap ini) mereka tidak boleh menerajui sebuah kerajaan.

Dalam sidang media semalam, Ketua PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin mengumumkan PKR dan DAP Sabah memutuskan kerjasama dengan PAS Sabah kerana tidak bersetuju dengan keputusan PAS mahu melaksana Hudud di Malaysia.

Walau bagaimanapun, Lajim menjelaskan bahawa pemimpin muslim dalam PKR tidak menolak Hudud kerana ia adalah terkandung dalam al-Quran, tetapi menolak pelaksanaannya di Malaysia.

Mengulas mengenai langkah PKR dan DAP Sabah untuk membentuk sebuah Pakatan Baharu di negeri ini bagi menarik sokongan rakyat, Anifah berkata, rakyat negeri ini sudah cukup jelas dan boleh menilai sikap sebenar kedua parti pembangkang itu.

Berhubung kenyataan Lim Kit Siang yang mengumumkan senarai nama termasuk beberapa pemimpin dalam Barisan Nasional (BN) sebagai calon Perdana Menteri, sekiranya PR menubuhkan `sebuah kerajaan’, Anifah berkata:

“Beliau (Kit Siang) sendiri tidak mengumumkan namanya, saya gembira.. ia menunjukkan pemikiran beliau terhadap senario politik kini… saya setuju dengan beliau ramai pemimpin dalam BN boleh jadi PM, tapi beliau sendiri fikir tiada siapa pun dalam Pakatan yang dapat jadi PM, jika itulah yang beliau maksudkan… ” ujarnya secara berseloroh. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan