Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perginya Lagenda Tinju Dunia Dirasai Peminat Dan ‘Musuhnya’

7:00pm 04/06/2016 Pak Roshan 1093 views Mutakhir,Sukan

MOJD-ALI

PEMERGIAN Mohammad Ali, 74, seorang lagenda tinju dunia merupakan satu kehilangan bagi arena tinju dan para peminatnya di seluruh dunia.

Ali mendapat jolokan ‘The Greatest’ menghembuskan nafas terakhir di Hospital Phoenix, Arizona kerana masalah pernafasan dan penyakit Parkinson.

Kehilangan lagenda tinju itu menjadi trending di laman sosial Twitter. Ribuan mengucapkan takziah atas pemergiannya, Ali disanjung bukan sahaja sebagai jaguh tinju malah pengorbanannya sebagai seorang aktivis.

Antara selebriti antarabangsa yang terasa kehilangan dengan pemergian Ali ialah rakan baiknya Mike Tyson, merupakan orang pertama yang meluahkan rasa kesedihan melalui laman Twittermiliknya.

Selain itu, ‘musuhnya’, George Foreman, 67, yang pernah berlawan dengan Ali dalam sebuah perlawanan yang terkenal ‘Rumble in the Jungle’ turut menegaskan bahawa musuhnya itu seorang yang istimewa.

GEORGE FOREMAN (KANAN) BERSAMA MUHAMMAD ALI

GEORGE FOREMAN (KANAN) BERSAMA MUHAMMAD ALI

GEORGE FOREMAN (KANAN) BERSAMA MUHAMMAD ALI

‘Muhammad Ali made you love him, if you dislike him you wanted more than anything to see him again so you could dislike him again,” katanya kepada BBC Five Live.

Turut sama berkongsi kesedihan ialah tokoh agama terkenal, Mufti Ismail Menk juga turut meluahkan rasa kehilangan itu melalui salah satu posting di Twitter miliknya.

menk

“Muhammad Ali berjaya melakukan transformasi ke atas negara ini dan meninggalkan impak besar dengan semangatnya, legasinya kini terlakar dalam sejarah dunia,” kata Bob Arum.

Selain itu, beberapa orang ahli politik Malaysia juga turut menzahirkan rasa takziah kepada lagenda tinju dunia itu.

Antaranya Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin melalui akaun Twitter masing-masing. -MYNEWSHUB.CC

kj

dahlan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan