Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pergiatkan lagi program sukan di semua peringkat

SANDAKAN: Pemuda Umno disaran mempergiatkan lagi penganjuran program kesukanan di semua peringkat bagi menggalakkan aktiviti sihat di kalangan golongan muda di negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekonga, Datuk Samsudin Yahya berkata, kerajaan telah menyediakan platform dan kemudahan asas yang diperlukan golongan itu untuk menjalankan aktiviti sukan dan riadah seperti gelanggang futsal dan bola jaring.
“Pendekatan Pemuda Umno dalam mendekati generasi muda tidak hanya terhad kepada bidang pendidikan dan kemasyarakatan sahaja, malah perlu mencakupi bidang lain seperti sukan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertandingan Bola Tampar anjuran Pergerakan Pemuda Umno Batu Sapi di Dewan Sibuga Jaya, di sini kelmarin.
Samsudin juga berkata, program pembangunan belia di negara ini perlu berubah seiring peredaran masa dengan kemunculan generasi baru yang mempunyai pandangan berbeza daripada pelbagai aspek.
Justeru itu, beliau berkata, semua pihak termasuk kerajaan dan badan bukan kerajaan terutama yang melibatkan golongan belia perlu memastikan pembangunan itu bersesuaian dengan citarasa generasi berkenaan. – oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

Samsudin bersalaman dengan peserta pertandingan bola tampar tersebut.
Samsudin bersalaman dengan peserta pertandingan bola tampar tersebut.

 

 

Komen


Berita Berkaitan