Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pergerakan Wanita UMNO Prihatin terhadap Kebajikan Mangsa Kebakaran

Armani (tengah) dan Jainab (kedua kiri) melawat mangsa kebakaran di Hospital Queen Elizabeth 1
Datuk Armani dan Datuk Jainab melawat mangsa kebakaran di Hospital Queen Elizabeth 1

KOTA KINABALU- Ketua Pergerakan Wanita UMNO Sabah, Datuk Hajah Armani Datuk Haji Mahiruddin bersama Naib Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran yang telah berlaku di Beaufort, baru-baru ini.

Semasa membuat lawatan ke Hospital Queen Elizabeth 1, disini semalam, mereka telah menghulurkan sumbangan kewangan dan barang keperluan asas kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian kebakaran.

Dalam pada masa yang sama, mereka turut melawat Pengerusi JKKK Kampung Numbak, Sepanggar, Zamalia Lamyah.

Turut hadir Ketua Wanita Sipitang, Datuk Surinam Sadikun dan beberapa Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO. Oleh Elezebeth Esther/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan