Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pergerakan Puteri UMNO Sabah tekad membantah ‘Deklarasi Rakyat’

5:01pm 27/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 104 views Tempatan

 

Normalah (tengah) bersama ahli Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sabah semasa mesyuarat Parti Pergerakan itu di Bangunan UMNO, disini, hari ini.

Normalah (tengah) bersama ahli Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sabah semasa mesyuarat Parti Pergerakan itu di Bangunan UMNO, disini, hari ini.

KOTA KINABALU- Pergerakan Puteri UMNO Sabah membantah dan menolak sekeras-kerasnya gerakan ‘Deklarasi Rakyat’ yang bertujuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Razak.

Ketuanya, Normalah Rasik berkata gerakan yang didalangi oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed bersama Parti pembangkang merupakan satu tindakan yang bertentangan dengan amalan demokrasi negara.

“Pergerakan Puteri UMNO Sabah menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan tegas terhadap dalang- dalang gerakan ‘Deklarasi Rakyat’ yang mengancam sistem demokrasi berparlimen, serta boleh mengakibatkan implikasi negatif terhadap kestabilan politik, keharmonian dan ketenteraman awam,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media sempena mesyuarat Pergerakan Puteri UMNO Sabah, di Bangunan UMNO, disini, hari ini.

Hadir sama, Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Zahida Zarik Khan dan Naib Puteri UMNO Sabah merangkap Pengerusi Biro Keahlian Puteri UMNO Sabah, Zakiah Kalipunya.

Sementara itu, Zahida menyeru kepada orang ramai khususnya generasi muda yang belum mendaftar sebagai pengundi dan ahli Pergerakan Puteri UMNO agar mendaftar dengan kadar yang segera.

Katanya, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dengan kerjasama Pergerakan Puteri UMNO Sabah akan mengadakan kempen daftar pemilih dan keahlian secara serentak di seluruh negara.

“Sebanyak 191 bahagian d seluruh negara turut terlibat dalam mengadakan kempen mendaftar pemilih dan keahlian pada 9 April depan di Perkarangan Harbour Mall, Sandakan dan yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman,”katanya.

Menurut Zahidah, pihak mereka menyasarkan sebanyak 500,000 keahlian yang baru untuk penggal ini.

“Saya yakin dengan kerjasama daripada Pergerakan Puteri UMNO Sabah, kita akan dapat mencapai sasaran daftar pemilih.

Terdahulu, beliau berkata rekod keanggotaan Puteri bertambah kepada lebih kurang 400,000 sejak penubuhannya dan Sabah mencatat keanggotaan ahli yang paling ramai iaitu 61,847 anggota. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

 

Dari kiri Normalah, Zahidah dan Zakiah ketika sidang media sempena Mesyuarat Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sabah, di Bangunan UMNO, disini, hari ini.

Dari kiri Normalah, Zahidah dan Zakiah ketika sidang media sempena Mesyuarat Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sabah, di Bangunan UMNO, disini, hari ini. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan