Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pergaduhan Di Kota Raya: Bukan Isu Perkauman

8:51pm 21/12/2015 Pak Roshan 1590 views Mutakhir,Nasional

Video-20-Lelaki-Serang-8-Pe

CYBERJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup menyangkal andaian bahawa insiden pergaduhan di sebuah kedai telefon bimbit di Kompleks Beli-belah Kota Raya adalah isu perkauman.

Sebaliknya, beliau menegaskan insiden semalam itu tercetus akibat perasaan marah dan tindak balas suatu kumpulan berhubung isu hak kepenggunaan melibatkan jual beli telefon antara pembeli dan penjual.

“Saya menyeru kepada semua pihak agar sentiasa tenang dan tidak membangkitkan isu-isu yang boleh menyentuh sensitiviti kaum berhubung insiden di Kota Raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu diedarkan kepada pemberita sempena Sambutan Hari Toleransi 2015 di Limkokwing University, yang dirasmikan oleh Kurup, di sini.

Semalam, sekumpulan lelaki dipercayai pelanggan dan jurujual telefon bimbit bergaduh di tingkat bawah kompleks beli belah Kota Raya.

Klip video pergaduhan itu, yang berdurasi dua minit 30 saat, telah dimuat naik dalam YouTube.

Sehubungan itu, Kurup menyarankan agar perkara itu diselesaikan secara rasional menerusi perundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan dan bukan mengambil undang-undang di tangan sendiri.

“Saya berharap tiada pihak tertentu yang cuba memanipulasikan perkara ini kepada satu isu perkauman atau pergaduhan antara kaum.

“Pihak yang tidak bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan dan didakwa di bawah undang-undang,” tegas Kurup.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional sentiasa melaksanakan program dan aktiviti kemasyarakatan untuk menerapkan amalan nilai-nilai murni demi memelihara keharmonian dan perpaduan semua pihak. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan