Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pereka pakaian peserta Unduk Ngadau diminta kekalkan keaslian pakaian kaum

 Joanna (tengah) bergambar bersama ahli jawatankuasa UNK Peringkat Negeri dan pengerusi-pengerusi jawatankuasa UNK daerah dan daerah kecil seluruh Sabah. - foto Monica Gidong
Joanna (tengah) bergambar bersama ahli jawatankuasa UNK Peringkat Negeri dan pengerusi-pengerusi jawatankuasa UNK daerah dan daerah kecil seluruh Sabah. – foto Monica Gidong

KOTA KINABALU – Pereka pakaian tradisional peserta Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) tahun ini diminta mengekalkan keaslian pakaian sesuatu kaum atau suku dari daerah yang mereka wakili.

Pengerusi UNK Peringkat Negeri Sabah 2015,  Joanna Datuk Kitingan berkata, langkah itu penting bagi menonjolkan keaslian pakaian tradisional kaum yang mewakili daerah berkenaan.

“Setiap tahun kita sering mendengar teguran daripada orang ramai bahawa ada pakaian tradisional yang dipakai oleh peserta Unduk Ngadau terlalu `dimodenkan’. Kita tidak mahu pakaian tradisi terlalu banyak kilauan. Selain itu setiap daerah juga harus mengemukakan nama corak dalam bahasa Kadazandusun Murut yang terdapat pada pakaian tradisional itu,” katanya ketika memberikan taklimat kepada pengerusi-pengerusi jawatankuasa UNK peringkat daerah dan daerah kecil seluruh negeri di Dewan GC Woolley Muzium Sabah, di sini hari ini.

Joanna juga meminta agar pereka untuk pakaian malam dalam pertandingan itu agar mengambil kira corak dan motif baju mengikut setiap daerah yang diwakili meskipun ia moden, namun perlu berkonsepkan klasik, kemas, sopan dan menunjukkan kebudayaan suku kaum tertentu.

“Kita mahu, pemakai pakaian atau peserta unduk ngadau yang memakai pakaian berkenaan merasa selesa dan bangga dengan pakaian yang direka pereka tempatan bermotifkan budaya masing-masing,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap para pereka tempatan dapat menonjolkan fesyen pakaian yang boleh diketengahkan di peringkat kebangsaan setaraf dengan pereka-pereka antarabangsa.

Berkenaan dengan syarat penyertaan UNK 2015, Joanna berkata, penyertaan terbuka kepada gadis kaum Kadazandusun Murut atau kacukan Kadazandusun Murut berasal dari Sabah dan warganegara Malaysia.

“Peserta juga diwajibkan berbahasa ibunda sewaktu pengenalan diri pada pertandingan akhir, 31 Mei 2015 yang akan diadakan di Hongkod Koisaan, KDCA Penampang. Peserta hendaklah masih bujang dan berumur antara 18 hingga 25 tahun,” katanya. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan