Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pereka lelaki monopoli rekaan fesyen

Hamisa bergambar kenangan bersama para pelatih Kursus Fesyen dan Membuat Pakaian di Tawau.
Hamisa bergambar kenangan bersama para pelatih Kursus Fesyen dan Membuat Pakaian di Tawau.

TAWAU – Golongan Belia di daerah ini disaran merebut setiap peluang dengan menyertai pelbagai program kemahiran khususnya bidang keusahawanan dalam usaha meningkatkan pendapatan.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hamisa Samat berkata, bidang keusahawanan merupakan salah satu cabang penting dalam usaha kerajaan memperkukuh ekonomi negara selain menjamin masa hadapan masyarakat.

Katanya, generasi muda perlu merebut setiap peluang bagi membantu mereka menjadi usahawan berjaya, bukannya membiarkan peluang keemasan itu terlepas begitu sahaja.

Menurutnya, banyak pihak tampil menghulurkan bantuan termasuk agensi kerajaan dan pihak swasta dalam memperkasakan usahawan terutama dalam kalangan golongan bumiputera.

“Bidang keusahawanan mempunyai peluang yang cerah untuk diceburi, malah mampu menjana pendapatan lumayan kepada individu yang melakukannya dengan bersungguh-sungguh,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penutupan Kursus Fesyen dan Membuat Pakaian bagi sesi 1/2015 anjuran Giat Mara Kalabakan, Tawau di sini hari ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu berkata, peserta yang ingin menceburi bidang keusahawanan perlu menyiapkan diri dengan pelbagai kemahiran serta pengetahuan bagi mencapai sasaran yang diinginkan.

“Salah satu bidang kerjaya yang memerlukan kreativiti seseorang individu itu adalah bidang seni reka fesyen. Dunia fesyen sentiasa berubah mengikut perkembangan masa. Pada hari ini kita boleh melihat pelbagai jenis fesyen direka bentuk dan dicipta.

“Bidang ini sebenarnya bukanlah bidang yang menjadi monopoli kaum wanita, sebaliknya lelaki turut mengambil bahagian dan mewujudkan beberapa nama besar seperti yang dilihat pada hari ini. Ramai pereka fesyen lelaki yang terkenal dan berjaya, dalam dunia fesyen masa kini sama ada di Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Giat Mara Kalabakan telah ditubuhkan pada Julai 2012, dan telah melahirkan 94 pelatih terdiri anak-anak tempatan daripada Tawau. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan