Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pereka fesyen tempatan diseru menyertai MFW dan Intrade 2016

2:16pm 09/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 12 views Tempatan
Abu Bakar memberi taklimat sempena MFW dan Intrade 2016 kepada para peserta.

Abu Bakar memberi taklimat sempena MFW dan Intrade 2016 kepada para peserta.

KOTA KINABALU- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyeru agar lebih banyak syarikat dan pereka fesyen tempatan di negeri ini menyertai Minggu Fesyen Malaysia (MFW) dan pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (INTRADE 2016) yang diadakan di menara Matrade, Kuala Lumpur dari 2 hingga 5 November ini.

Menurut Pengarah Bahagian Seksyen Gaya Hidup, Perdagangan dan Perkhidmatan Promosi Matrade, Abu Bakar Yusof, Sabah mempunyai pelbagai jenis produk dan reka bentuk menarik yang sesuai dipamerkan kepada orang ramai semasa acara tersebut.

“Pihak Matrade berharap lebih banyak syarikat- syarikat di Sabah mengambil peluang menyertai acara ini. Sabah mempunyai banyak produk tempatan unik seperti kraftangan yang mencerminkan kepelbagaian kaum dan agama di negara ini. Produk- produk tersebut mempunyai potensi tinggi untuk dieksport,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang akhbar sempena Minggu Fesyen Malaysia dan Intrade 2016, disini, hari ini.

Tambahnya, Matrade menyasarkan sebanyak 300 gerai pameran dan sekurang- kurangnya 60 pereka fesyen menyertai acara tersebut pada tahun ini

Selain itu, beliau turut menyasarkan lebih kurang 40 syarikat tempatan Sabah akan menyertai acara tersebut.

“Tahun lalu, Sabah merekodkan sebanyak 20 penyertaan daripada syarikat- syarikat tempatan dan kami berharap agar dapat menggandakan angka tersebut,”katanya.

Bersempena acara tersebut, para pengunjung dan peserta acara itu berpeluang untuk menyertai program perniagaan anjuran Matrade iaitu ‘International Sourcing Programme (INSP)’.

“Pihak Matrade akan menyediakan profil syarikat yang menyertai program itu untuk diedarkan kepada pembeli tempatan mahupun luar negara. Kami akan menjemput pembeli yang berminat dengan barangan yang ditawarkan oleh syarikat dari Sabah,” ujarnya.

Hadir sama, Pengarah Matrade Sabah, A. Rashid Mohd Zain dan Penolong Pengarah Bahagian Promosi Pelaburan di Jabatan Pembangunan Industri dan Penyelidikan, Emmeline Patrick. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Dari kiri, Emmeline, Abu Bakar dan A. Rashid semasa sidang akhbar , disini, hari ini

Dari kiri, Emmeline, Abu Bakar dan A. Rashid semasa sidang akhbar , disini, hari ini

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan