Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perdana Menteri juga ada hak: Shafie Apdal

12:37am 10/06/2014 Pak Roshan 51 views Isu Semasa

samanmk

ALOR GAJAH: Tindakan Presiden Majlis Peguam Malaysia (BAR) Christopher Leong dalam portal majlis itu yang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan UMNO menarik balik saman fitnah ke atas penerbit, Ketua Pengarang dan Ketua Editor laman web berita Malaysiakini, dianggap berat sebelah.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Perdana Menteri juga mempunyai hak untuk mempertahankan diri dan kerajaan.

“Mengapa apabila kerajaan mahu saman, anda katakan kerajaan mesti menghormati hak orang ramai, apa pula hak yang ada pada Najib? Beliau juga ada hak untuk melindungi dirinya, malah melindungi kerajaan supaya tidak ditohmah serta difitnah secara melulu tanpa asas dan perlu ada tindakan undang-undang,” kata beliau ketika ditemui selepas merasmikan Hari Pendidik KEMAS 2014, di Kem Permata Resort, Alor Gajah, di sini Isnin.

“Mereka sebagai pengamal undang-undang harus melihat dari pelbagai aspek bukan hanya hak satu pihak saja. Mereka perlu mendengar apa yang dipersoalkan, mendengar dulu kes yang diperdebat sebelum menjatuhkan hukuman, biar kes berjalan di mahkamah dulu baru kita dapat lihat mana yang benar dan salah.”

Shafie juga berkata, setiap kebebasan yang diamalkan tidak boleh berlandaskan kepada kebebasan tanpa batasan dengan mengatakan setiap orang bebas memperkata dan melakukan apa yang diingini sesuka hati.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan