Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Percepat naiktaraf kemudahan asas sekolah KAFA

Pelajar KAFA  belajar dalam keadaan bilik klas yang tidak dilengkapi dengan kemudahan yang mencukupi.
Pelajar KAFA belajar dalam keadaan bilik klas yang tidak dilengkapi dengan kemudahan yang mencukupi.

KOTA BELUD –  Kemudahan infrastruktur Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di negeri ini perlu dipertingkatkan selaras dengan komitmen kerajaan untuk mentranformasikan mutu pengajaran dan mengayakan teknik pengajarannya sesuai dengan tuntutan semasa.

Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Belud, Fadli Juanas berkata, usaha untuk meningkatkan kemudahan asas lain amat diperlukan memandangkan masih ada pelajar KAFA di negeri ini yang terpaksa belajar dalam bangunan serba kekurangan sehingga menjejaskan keselesaan serta tumpuan pembelajaran mereka.

Jika sebelum ini kerajaan bersetuju untuk menaikan elaun guru-guru KAFA, justeru tidak ada sebab kemudahan infrastruktur sekolah KAFA di negeri ini terlepas padang,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Iktifal Kafa peringkat daerah Kota Belud di Dewan Masyarakat  Pak Duraman Kampung Kulambai di sini hari ini.

Fadli berkata, faktor kekurangan kemudahan asas di sekolah KAFA menjadi kekangan utama  bagi para pelajar serta guru KAFA di negeri ini melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka.

Katanya, KAFA telah memberi kesan positif terhadap pendidikan agama dalam kalangan anak-anak selaras dengan hasrat untuk melahirkan modal insan cemerlang. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan