Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perbualan terakhir mangsa MH17 dengan suami

perbualan terakhir

PUTRAJAYA – “Sayang takkan selamanya sentiasa ada bersama abang, suatu hari nanti sayang akan pergi temui ALLAH takkan kembali”, itu antara perbualan terakhir seorang daripada mangsa nahas Malaysia Airlines penerbangan MH17, Mastura Mustafa dengan suaminya Mohamed Affendi Khairuddin.

Mohamed Affendi, 43, berkata isterinya yang merupakan kru penerbangan itu juga sempat memohon maaf atas segala kesalahannya dalam perbualan menerusi aplikasi Wechat itu.

“Saya terasa agak pelik tetapi saya menasihatkan dia semua orang akan pergi bertemu ALLAH, tiada siapa yang kekal, tapi biarlah kita pergi menghadap ALLAH dalam keadaan yang diredai,” katanya kepada Bernama selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah hotel di sini hari ini.

Mohamed Affendi yang juga seorang guru agama berkata kali terakhir beliau bertemu dengan isterinya itu adalah sebelum penerbangannya ke Amsterdam.

Katanya, beliau maklum tentang insiden itu melalui abang Mastura juga merupakan kakitangan Malaysia Airlines (MAS).

“Saya memang rasa amat sedih sebab benda yang sebelum ini terjadi pada orang lain macam kes kehilangan pesawat MH370, tidak disangka kini berlaku pada saya,” katanya.

Mohamed Affendi turut berharap agar jenazah isteri beliau dapat dibawa pulang supaya dapat disempurnakan sebaik mungkin.

Mengulas pertemuan dengan Perdana Menteri, Mohamed Affendi berkata beliau diberitahu besar kemungkinan jenazah akan dikenal pasti di kawasan kejadian.

“Pihak keluarga akan diberitahu secepat mungkin mengenai urusan di sana,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan