Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perbincangan perlaksanaan program pembangunan antara menteri

Radin (dua kiri) dengan Ismail Shabry
Radin (dua kiri) dengan Ismail Sabri

PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB), Datuk Radin Malleh telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia (KKLW), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bertempat di pejabat menteri di bangunan Parlimen pada hari khamis lepas.

Turut serta dalam kunjungan hormat itu ialah Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Nilwan Kabang serta Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Abu Bakar Hj. Abdul Latip.
Dalam kunjungan hormat itu, kedua-dua menteri berkenaan juga berbincang mengenai program-program pembangunan luar bandar serta hubungan kerjasama di antara kementerian masing-masing terutamanya dalam melaksanakan program-program peningkatan kesejahteraan hidup penduduk di kawasan-kawasan luar bandar di negeri Sabah.-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan