Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perbezaan Agama Tidak Halang Rakyat Nikmati Suasana Berbuka Puasa

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU : Perbezaan agama dan kepercayaan bukan penghalang bagi rakyat negara ini menikmati suasana berbuka puasa bersama-sama dengan rakan beragama Islam pada Ramadan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Joseph Kurup berkata semangat persaudaraan tinggi yang tersemai membolehkan rakyat duduk semeja untuk berbuka puasa.

Malah beliau menyifatkan majlis berbuka puasa itu adalah inisiatif baik kerana dapat mengajak rakyat untuk memahami erti perpaduan yang sebenar.

“Kita bertanggungjawab dalam mencorakkan hubungan kekeluargaan serta kemasyarakatan agar lebih mantap,” katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Beliau berkata inilah keunikan Malaysia kerana walaupun masyarkat terdiri daripada pelbagai bangsa, nilai budaya serta kepercayaan agama, mereka tetap bersatu bagi menikmati kehidupan penuh harmoni.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan