Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perbezaan agama bukan penghalang untuk berbuka bersama-sama

5:46pm 01/07/2016 Leolerry Lajius 61 views Tempatan
Musa ketika merasmikan tapak pembinaan Madrasah berkenaan.

Musa ketika merasmikan tapak pembinaan Madrasah berkenaan.

MEMBAKUT: “Keunikan pertalian silaturahim yang ada di Sabah menjadikan perbezaan agama bukan penghalang untuk berbuka bersama-sama.”

Demikian ungkapan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman ketika ditemui media sempena Majlis Berbuka Puasa UMNO Zon 3 dan Majlis Perasmian Madrasah Tahfiz Darul Yatama Yacob Khan, di sini, kelmarin.

“Kita menggalakkan program dengan penyertaan seumpama ini yang bukan sahaja dihadiri oleh masyarakat beragama islam, bagi membolehkan kita saling bersatu padu sesuai dengan matlamat kita untuk menganjurkan program seumpama ini bagi mengeratkan silaturahim antara satu sama lain,”katanya.

Musa (tengah) mengambil gambar bersama pelajar di madrasah berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Musa (tengah) mengambil gambar bersama pelajar di madrasah berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Musa turut memuji inisiatif penubuhan madrasah di tempat berkenaan yang diusahakan oleh Datuk Hj. Gullam Hassan Bin Yaccob bersama ahli keluarganya.

“Pembinaan madrasah ini merupakan satu usaha murni yang harus dicontohi oleh mereka yang berkemampuan dengan  sumbangan yang dapat memberikan banyak manfaat kepada masyarakat,”katanya.

Seramai 50 orang pelajar yang mengikuti program hafazan di madrasah ini dengan dibimbing oleh empat orang guru hafiz sepenuh masa.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Musa ketika upacara menandatangani plak perasmian madrasah berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Musa ketika upacara menandatangani plak perasmian madrasah berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan