Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perbezaan adat budaya bukan penghalang rai Tahun Baru Cina

KUDAT: Perbezaan kaum dan adat budaya tidak menjadi penghalang kepada seorang surirumah berbangsa Rungus untuk meraikan sambutan perayaan Tahun Baru Cina bersama-sama dengan keluarga suaminya, di sini baru-baru ini.
Malah, ibu kepada dua cahaya mata itu berasa gembira setiap kali meraikan perayaan tersebut yang kerana ia bukan sahaja dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, tetapi juga meningkatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
“Setiap tahun saya menyambut perayaan Tahun Baru Cina bersama dengan keluarga suami saya yang berketurunan Cina Hakka,” kata Halimah Gurindal,  42, kepada  Sayangsabah di Taman Kudat, di sini pada Jumaat lalu.
Beliau yang turut sibuk membantu membuat persediaan menyambut perayaan itu berkata, kehadiran keluarga terdekat terutama adik-beradik suaminya turut memeriahkan suasana Tahun Baru Cina.
“Namun, sambutan pada tahun ini disambut berbeza sedikit berbanding dengan tahun lalu disebabkan adik-beradik suami saya tidak dapat bersama-sama mereka,” katanya yang telah meraikan perayaan itu selama 19 tahun bersama keluarga suaminya Philip Voo Chung Kan.
“Bagaimanapun, kami sekeluarga tetap menyambut perayaan ini dengan meriah dengan menjemput ahli keluarga lain yang terdekat serta jiran dan rakan-rakan,” katanya lagi.
Beliau turut bersyukur kerana dapat menyesuaikan diri dengan mudah dengan budaya kaum Cina Hakka tersebut yang agak berbeza dengan budaya asal beliau.
Halimah telah mendirikan rumah tangganya bersama dengan suaminya selama 19 tahun, yang berkerja sebagai pengusaha kelapa sawit dan getah dan dikurniakan dua cahaya mata masing-masing seorang lelaki dan perempuan.
“Bagi pendapat saya, ia bukan sesuatu perkara yang sukar untuk menyesuaikan diri dengan budaya yang berlainan dengan adanya sikap penerimaan yang positif.
“Selama 19 tahun saya menyambut perayaan ini tiada perbezaan ketara yang membuatkan saya berasa asing dari perayaan dan budaya mereka sungguhpun saya datang dari latar belakang budaya yang berlainan,” katanya lagi. – Oleh DEWIANA TINGGOLONGON / Sayangsabah
KEKELUARGAAN… Halimah tiga dari kiri (depan) bergambar bersama ibu mentua, suami dan anak-anaknya. - foto Sayangsabah
KEKELUARGAAN… Halimah (duduk – kanan)  bergambar bersama suami,  ibu mentua dan anak-anaknya. – foto Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan