Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,766

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perbetulkan fakta sejarah pembentukan Malaysia dan kemerdekaan Sabah-SAMORA

7:43pm 02/09/2016 Leolerry Lajius 3201 views Kota Kinabalu,Tempatan

 

KOTA KINABALU: Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) menyambut baik gesaan agar catatan fakta sejarah mengenai penubuhan Malaysia dan kemerdekaan dalam buku teks sejarah di sekolah-sekolah diperbetulkan.

Presidennya, Dato’ Jelani Hamdan berkata, memperbetulkan fakta sejarah yang kurang tepat amat penting dan perlu dilakukan bagi mengelakkan kekeliruan dan menjaga sensitiviti Sabah dan Sarawak.

Katanya, Malaysia tidak pernah dijajah apalagi merdeka dari “penjajahan”.

“Pembentukan Malaysia ala “United Kingdom” hanya dimuktamadkan dan bermula pada 16 September 1963. Ini bererti Malaysia hanya wujud selepas itu.Tarikh ini yang sepatutnya dirayakan secara besar-besaran”, katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun yang menggesa agar fakta penubuhan Malaysia dan kemerdekaan dibetulkan dalam buku teks sejarah di sekolah-sekolah.

Johnny berkata, rakyat Malaysia memperingati hari penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, pada waktu yang sama menyambut hari kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963 dan kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai 1963.

Menurutnya fakta kemerdekaan tersebut kian hangat diperkatakan segenap lapisan rakyat di Sabah, manakala Sarawak telah menyambut Hari Kemerdekaan mereka dengan penuh gilang-gemilang di Kuching pada 22 Julai lalu.

Jelani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong berkata, SAMORA faham yang tarikh 31 Ogos 1957 ditetapkan sebagai satu tarikh kemerdekaan yang rasmi bagi negara, walaupun tarikh kemerdekaan atau “self governance” bagi Sabah dan Sarawak berbeza.

Katanya di Amerika Syarikat (USA) misalnya tarikh 4 Julai ditetapkan sebagai tarikh rasmi “Independence Day” mereka walaupun berbeza tarikh sebenar di kebanyakan 50 negeri di USA.

Beliau menegaskan, selain tarikh 16 September 1963, negeri Sabah dan Sarawak juga patut merayakan dan mengisytiharkan tarikh kemerdekaan mereka sendiri iaitu 31 Ogos 1963 bagi Sabah dan 22 Julai 1963 bagi Sarawak.

Jelani berpendapat, selain memperbetulkan fakta sejarah, Kerajaan Persekutuan juga harus memperbetulkan fakta sejarah yang lebih besar iaitu status Sabah dan Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963.

“Iaitu Hak Istimewa dan berotonomi Sabah dan Sarawak, dan bukannya menganggap kedua-dua negeri ini sama taraf dengan 11 negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia”, tegasnya./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan