Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,774

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perbanyakkan idea dan teknologi dalam sektor pertanian- Yahya

5:20pm 24/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 28 views Kota Kinabalu,Tempatan

 

SANDAKAN- Kerajaan negeri menggalakkan para penyelidik terutamanya dalam bidang pertanian dan ternakan agar menghasilkan lebih banyak idea dan teknologi yang dapat diadaptasi dalam memodenkan sektor pertanian di Sabah khususnya.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin berkata pihaknya sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan para penyelidik UMS bagi menjayakan projek-projek kajian yang dapat memberikan manfaat kepada sektor pertanian di negeri ini

” Saya yakin, sekiranya para pengeluar dan pengusaha ladang mempraktikkan amalan agronomi yang bersesuaian, hasil pengeluaran tanaman pastinya akan meningkat.a

” Saya percaya, para pensyarah di Fakulti Pertanian Lestari UMS yang terdiri daripada pakar-pakar pertanian mampu menghasilkan idea-idea yang kreatif dan inovatif bagi menentukan kaedah pertanian yang lestari dan yang paling sesuai lagi efektif bagi penanaman, bukan sahaja jagung bijirin tetapi juga ubi kayu, pisang, nanas dan buah-buahan lain untuk dieksport ke luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap ketika Persidangan Serantau Pertanian Lestari (ReCSA 2016) sempena sambutan Perayaan 10 Tahun penunuhan Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kampus UMS Sandakan, hari ini.

Turut hadir di majlis itu ialah Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Mohd.Harun Abdullah, Dekan Fakulti Pertanian Lestari, Profesor Dr. Wan Mohamad Wan Othman dan Pengerusi Penganjur Persidangan ReCSA 2016, Profesor Ir Dr. Mohd.Amin Mohd Soom.

Yahya turut menggesa masyarakat setempat khususnya para pemain industri pertanian agar memberi perhatian kepada program pembangunan sektor pertanian khususnya pengeluaran makanan.

Jelasnya, Malaysia juga boleh menjadi seperti negara-negara di Afrika atau di Asia Selatan yang kekurangan makanan seperti mana yang dilaporkan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO).

Walaubagaimanapun, katanya, Malaysia masih mampu mengeluarkan makanan yang mencukupi untuk rakyat di seluruh pelusuk negara ini.

Dalam masa sama, Yahya berkata persidangan itu mampu menjadi platform bagi menyumbangkan idea dan pandangan dalam usaha melonjakkan sektor pertanian di negara ini agar setanding dengan negara-negara maju yang lain.

” Saya begitu teruja dengan tema persidangan pada kali ini, iaitu KEMAKMURAN MELALUI PERTANIAN LESTARI atau “Prosperity through Sustainable Agriculture” yang akan membincangkan bagaimana usaha-usaha menjalankan aktiviti pertanian secara lestari atau mampan dapat memberikan kemakmuran kepada para petani, penternak dan juga pengusaha perikanan.

” Tema ini sangat sesuai untuk dibincangkan kerana bukan sahaja sejajar dengan misi Kementerian untuk mentransformasikan sektor pertanian supaya menjadi sektor yang moden, dinamik dan kompetitif, malah sebagai salah satu daripada jentera pertumbuhan ekonomi negara,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

YAHYA memukul gong sebagai tanda merasmikan Persidangan ReCSA 2016 sambil diperhatikan oleh Dr Mohd.Harun (kiri), Dr. Wan Mohamad (dua dari kanan) dan Dr. Mohd.Amin (kanan).

YAHYA memukul gong sebagai tanda merasmikan Persidangan ReCSA 2016 sambil diperhatikan oleh Dr Mohd.Harun (kiri), Dr. Wan Mohamad (dua dari kanan) dan Dr. Mohd.Amin (kanan).

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan