Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perbanyak amal jariah di bulan Ramadan

Nasir (empat kanan) menyampaikan zakat  PZS kepada salah saorang asnaf sempena majlis iftar Ramadan di Masjid Kampung Tampi-Tampi Darat, Semporna.
Nasir (empat kanan) menyampaikan zakat PZS kepada salah saorang asnaf sempena majlis iftar Ramadan di Masjid Kampung Tampi-Tampi Darat, Semporna.

SEMPORNA – Umat Islam perlu meningkatkan amal ibadah dan menghayati bulan Ramadan dengan membanyakkan bersedekah kepada golongan memerlukan sebagai amal jariah.

Ini kerana, Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan rahmat dan umat Islam seharusnya mengambil peluang itu memperbanyakkan amal ibadat dan meneruskan amalan itu setiap masa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Nasir Sakaran menegaskan umat Islam hendaklah sentiasa beribadat serta mengukuhkan hubungan silaturrahim dengan mengeratkan perasaan bermahabbah sesama kaum.

“Sifat kasih sayang, persaudaraan dan prihatin sesama insan amat penting dalam kehidupan umat Islam,” katanya ketika ditemui dalam majlis berbuka puasa dan jelajah Ramadan bersama masyarakat Islam Zon Kabogan di Masjid Kampung Tampi-Tampi Darat, di sini semalam.

Dalam majlis itu, Nasir turut menyampaikan sumbangan Pusat Zakat Sabah (PZS) wang zakat kepada 105 asnaf fakir miskin dan menyampaikan bantuan set penghawa dingin kepada masjid Kampung Tampi-Tampi Darat.

Nasir berkata, semangat kasih sayang dan prihatin itu yang telah dipupuk dan disemai pada bulan Ramadan dan Syawal perlu diteruskan pada sepanjang masa agar kesejahteraan rakyat dan perpaduan Islam dapat diperkukuhkan. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan