Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perbaiki kekurangan dalam pelaksanaan GST

Antara kedai runcit yang diperiksa oleh pegawai penguatkuasa KPDNKK Sabah.
Antara kedai runcit yang diperiksa oleh pegawai penguatkuasa KPDNKK Sabah.

KOTA KINABALU – Beberapa eleman penting yang perlu ditambah oleh kerajaan bagi memastikan keberksanan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di negara ini mulai 1 April lalu.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif berkata, peningkatan khususnya daripada aspek penguatkuasaan perlu dilakukan dari masa agar peniaga tidak mengambil kesempatan mengenakan caj berlebihan kepada pengguna.

“Saya melihat kerajaan menerusi jabatan berkenaan sudah melihat kekurangan yang perlu ditambah dan perkara-perka yang perlu disempurnakan dan saya yakin perkara ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“Dalam beberapa masa ini mungkin ada perkara-perkara yang boleh diperbaiki, kita perbaiki dan sama-sama kita bantu… yang penting masyarakat dapat memberi kerjasama kepada kerajaan khusus dalam melapor dan memantau pelaksanaan GST yang tidak betul di kawasan masing-masing,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Kejohanan Liga Sukan Agensi Islam Sabah (Lisan) 2015 di Dewan Sa’adah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, beliau menggesa pemimpin masyarakat setempat bekerjasama dengan kerajaan dalam memantau dan memberi laporan berkaitan kegiatan peniaga yang menyalahi peraturan.

Sehingga semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sabah telah menjalankan sebanyak 835 pemeriksaan pada hari ketiga Ops Catut-GST bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan