Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perayaan Tahun Baru Cina harmoni dan disambut pelbagai bangsa.

Atas dari kiri- Martin Chong, 45, Norhayati Abdullah, 41, Noor Adrianna Richard, 20, Fong Man Bin,26, Yussof Ismail, 49, Bawah dari kiri- Chung Tai Chuin, 41, Narti Kasban, 39,  Siti Nursuria Jessamin, 19, Yong Fook Min,42, Mohd Nor Pasau,58

Atas dari kiri- Martin Chong, 45, Norhayati Abdullah, 41, Noor Adrianna Richard, 20,
Fong Man Bin,26, Yussof Ismail, 49,
Bawah dari kiri- Chung Tai Chuin, 41, Narti Kasban, 39, Siti Nursuria Jessamin, 19, Yong Fook Min,42, Mohd Nor Pasau,58

Kota Kinabalu – Bahang perayaan Tahun Baru Cina yang akan diraikan pada 19 Februari semakin dirasai khususnya dalam kalangan warga bandaraya Kota Kinabalu berketurunan Tiong Hua.

Bagi masyarakat Cina, tahun kambing kali ini memberi makna besar kepada mereka dan beberapa penduduk di sekitar bandaraya yang ditemui sempat berkongsi persediaan mahupun pengalaman menyambut perayaan tersebut bersama keluarga dan rakan.

Seorang peniaga, Noor Adrianna Richard, 20, berkata dia mempunyai ramai rakan berbilang kaum, termasuklah mereka yang berbangsa Cina dan sambutan tahun baru ini sememangnya sangat menyeronokkan kerana boleh mengenali budaya masyarakat lain.

Seperti perayaan lain, saya seronok apabila tiba masa Tahun Baru Cina kerana dapat merayakannya bersama rakan yang berbangsa Cina,” katanya kepada SayangSabah.

Bagi peniaga pasar malam, Narti Kasban, 39, ramai di antara rakannya yang meraikan Tahun Baru Cina dan dia mengambil peluang ini untuk sama-sama memeriahkan sambutan tahun kambing pada tahun ini.

Saya mengambil kesempatan ini dengan menziarahi kawan-kawan bagi menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru Cina dan serta memeriahkan lagi sambutan tahun baru ini,” ujarnya.

Bagi Siti Norsuria Jessamin, 19, pula, dia mempunyai ramai kenalan yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

Rakan-rakan yang berbangsa Cina selalunya memahami kenapa saya tidak dapat memeriahkan acara rumah terbuka mereka dan sebab itu ada di antara mereka yang datang ke tempat kerja untuk mengajak saya makan tengah hari di restoran bersama,” katanya.

Seperti peniaga restoran, Yong Fook Min, 42, berkata, dia tidak pernah melepaskan peluang bercuti untuk meraikan pada Tahun Baru Cina bersama keluarga terdekat dan sahabat handai.

Selalunya mereka tidak perlu dijemput untuk datang ke rumah kerana sudah sedia maklum jika Tahun Baru Cina atau pun mana-mana perayaan pun, kami akan berkunjung ke rumah masing-masing,” katnya.

Seorang pekerja swasta, Fong Man Bin, 26, berkata, sebagai rakyat Malaysia dia tidak menjadikan batasan bangsa sebagai syarat untuk menjalinkan persahabatan dan setiap tahun dia meraikan Tahun Baru Cina dengan majlis rumah terbuka kerana merasakan lebih seronok dengan kehadiran rakan-rakan.

Semoga tahun baru ini rumah terbuka saya lebih meriah dan ada lebih ‘ong’ untuk ibu bapa saya dan juga rakan-rakan saya,” jelasnya lagi.

Disebabkan sibuk menguruskan hal-hal perniagaan, Chung Tai Chuin, 44, berkata, dia telah menyediakan persiapan Tahun Baru Cina sejak awal lagi.

Baju baru anak-anak sudah beli, duit ang pow sudah tukar dan sekarang cuma tinggal urusan makanan halal untuk rumah terbuka,” ujarnya dengan senang hati.

Seorang agen hartanah, Martin Chong, 45, pula memberitahu, rakannya sudah sedia maklum bahawa sebagai seorang penganut agama Budha dia akan meluangkan hari pertama Tahun Baru Cina untuk acara keagamaan.

Saya selalunya akan datang mengadakan rumah terbuka pada petang atau malam Tahun Baru Cina yang pertama kerana saya meluangkan masa sebelumnya ke kuil bersama keluarga,” katanya. – Sukri Sarin/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan