Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perasmian pembukan pejabat baharu Amanah Raya Berhad cawangan Sabah

Kota Kinabalu : Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman merasmikan pembukaan pejabat baharu Amanah Raya Berhad Cawangan Sabah di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dekat Sadong.

Dalam ucapannya, beliau berkata Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan sumbangan serta peranan AmanahRaya dalam menjalin kerjasama bijak dengan jabatan dan agensi Negeri seiring dengan strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) serta Halatuju Negeri.

Menurutnya, salah satu perkara yang diberi perhatian oleh kerajaan adalah kemudahan infrastruktur dan peluang perniagaan.

Justeru, apa juga cadangan dan pandangan pihak AmanahRaya Berhad yang dapat memberikan manfaat kepada rakyat di negeri ini, akan dipertimbangkan dengan sewajarnya.

Antara yang hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai serta Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu Jaafar./Penerangan-

Musa menurunkan tandatangan pada plak pejabat baharu Amanah Raya Berhad, sambil diperhatikan Sukarti (kiri).

Komen


Berita Berkaitan