Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,736

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perarakan Maulidur Rasul di Sipitang

5:30pm 24/12/2015 Ann Vivien 363 views Berita Pilihan,Isu Semasa,Tempatan
Perarakan Maulidur Rasul di Sipitang- Foto Penerangan

Perarakan Maulidur Rasul di Sipitang- Foto Penerangan

SIPITANG :  Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin serta isteri, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah binti Tan Sri R.M Jasni bersama 10 ribu umat Islam menyertai Majlis Perarakan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri 1437H/2015M.

Sebanyak 65 kontinjen yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Perarakan Sepanduk, Kontinjen Terbaik dan Kontinjen Teramai mula berarak di Padang Hospital hingga ke GATA Square seawal jam 7.30 pagi tadi.

Antara yang hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Syed Atas Syed Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Perhimpunan Maulidur Rasul Peringkat Negeri, Datuk
Mohd Arifin Mohd Arif; Ahli Parlimen, Datuk Sapawi Ahmad; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Kamarlin Ombi dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin, Datuk Ahmad Bujang.

Pada majlis tersebut, Tun Juhar menyampaikan Anugerah Khas kepada Allahyarham Datuk Masood Salleh mantan Ahli Lembaga Pengarah SAFMA Sabah, Ahli Lembaga Pengarah Sawit Kinabalu dan Ahli Lembaga Pengarah Inno Fisheries Negeri Sabah.

Allahyarham yang diwakili anak lelakinya membawa balik RM7,500 sumbangan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), cendera kenangan daripada Jawatankuasa Pelaksana Daerah dan warkah penghargaan daripada Kerajaan Negeri.

Tun Juhar juga menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul SAW kepada Awang Suffian Awang Piut bagi kategori lelaki dan Datuk Halima Nawab Khan untuk kategori wanita.

Mereka membawa pulang RM7,500 di samping warkah penghargaan, cendera kenangan, seutas jam tangan sumbangan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah dan buku-buku agama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Turut disampaikan, hadiah Pertandingan Sepanduk kategori Kementerian/jabatan/swasta dimenangi Ko Nelayan Kota Kinabalu; johan kategori pertubuhan, Umno Bahagian Sipitang; johan kategori surau/masjid/kariah, Masjid Jamek Kg Ke batu Ke bidang Beaufort; johan kategori sekolah rendah, SK Padang Berempah Sipitang dan johan kategori sekolah menengah, SMK Padang Berempah Sipitang.

Mereka masing-masing membawa pulang RM 3,000, hadiah iringan dan sijil penghargaan.

Hadiah lain yang disampaikan beliau antaranya Kontinjen Terbaik bagi kategori Kementerian/Jabatan Kerajaan/swasta iaitu Bomba dan Penyelamat, kategori NGO oleh Persatuan Masyarakat Brunei Cawangan Menumbok, kategori sekolah rendah iaitu Madrasah Al Hidayah Putatan, kategori masjid/surau yang dimenangi Islam Sejagat Masjid SFI dan Kontinjen Teramai pula dirai SMK Pengiran Omar Sipitang dengan jumlah 380 ahli.- Penerangan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan