Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perangkap wanita mulut manis

perangkap wanita

KUALA LUMPUR: Sifat wanita yang lemah lembut dan manis berkata-kata mungkin menjadi perangkap untuk memperdaya lelaki dan atas alasan itu mereka lebih cenderung memilih jenayah komersial penipuan yang jelas memerlukan teknik pemujukan.

Pengerusi Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan berkata, penjenayah wanita memanipulasi kelebihan yang ada pada diri mereka selain menggunakan pelbagai modus operandi bagi memastikan kegiatan jenayah itu berjaya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan Harian Metro mengenai wanita yang menjadi buruan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan Polis Antarabangsa (INTERPOL) selepas terbabit dalam pelbagai jenayah penipuan.

“Tidak susah meyakinkan kaum wanita kerana mereka pastinya lebih mudah percaya kepada kaum sejenis dalam sesuatu perkara terutama membabitkan pelaburan wang tunai.

“Oleh itu ‘tugas’ suspek menjadi lebih mudah. Jika diteliti lebih lanjut kes penipuan biasanya jenayah ini dijalankan dalam tempoh masa yang singkat sebelum suspek menghilangkan diri,” katanya.

Musa berkata, sifat tamak segelintir individu yang ingin menjana kekayaan berlipat ganda dalam tempoh singkat juga memberi peluang kepada penjenayah kes berkenaan.

“Mangsa selalunya tidak berhati-hati atau berfikir panjang kerana mereka berpendapat apa yang dijalankan wanita itu adalah satu bentuk perniagaan dan betul,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan