Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PERANG PENCEMARAN SAMPAH PLASTIK TANGGUNGJAWAB SEMUA: CHRISTINA

Christina (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama sekolah yang memenangi pertandingan choral speaking pada majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Memerangi pencemaran yang berpunca daripada plastik adalah tugas dipelbagai peringkat termasuk kerajaan, sektor swasta, komuniti setempat, sekolah mahupun Institut Pendidikan Tinggi.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Christina Liew berkata, pelbagai program pendidikan boleh dijalankan untuk menangani permasalahan pengurusan sisa berkenaan.

“Sebagai contoh, banyak badan atau kumpulan yang menjalankan program-program pendidikan pengurusan sisa seluruh negeri untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan penjagaan alam sekitar.

“Saya sedar bahawa perubahan tingkah laku dalam kalangan masyarakat kita ini memerlukan masa untuk mencapai tahap kesedaran penjagaan alam sekitar.

“Bagaimanapun, kita akan sentiasa berusaha untuk merealisasikan aspirasi yang terkandung dalam dasar negeri Sabah mengenai alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutupan Hari Alam Sekitar Institut Sinaran di sini hari ini.

Selain itu, katanya, terdapat pelbagai perkara mudahyang boleh dilakukan sebagai sebuah komuniti untuk membantu dalam memulihara alam daripada pencemaran.

“Antaranya seperti membawa beg membeli belah ke pasar raya, menggunakan semula bekas atau plastik, berhenti menggunakan straw plastik dan gunakan cawan yang boleh digunakan semua.

“Saya percaya pada kepentingan dan kekuatan pendidikan dalam memberikan kesedaran orang ramai terhadap pencemaran yang berasaskan plastik mampu menggalakkan orang ramai utuk melakukan 3R iaitu, kurangkan, guna semua dan kitar semula.

“Selagi kita boleh menggunakan semula semua barangan plastik ini, kita mesti menggunakannya lagi dan jangan membuang di merata tempat,” jelasnya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan