Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘Perang’ dua kampung

10:50am 23/07/2016 Pak Roshan 5530 views Jenayah,Mutakhir
DUA kereta yang dirosakkan dalam kekecohan membabitkan dua kampung.

DUA kereta yang dirosakkan dalam kekecohan membabitkan dua kampung.

Kota Kinabalu: Akibat perselisihan faham di sekolah, seorang lelaki cedera ditikam manakala adiknya berusia 15 tahun cedera di belakang tubuh selepas diserang 10 lelaki bersenjatakan parang, besi dan kayu di sebuah gelanggang futsal di Jalan Tuaran By Pass, Menggatal, berhampiran Kampung Rampayan, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.40 malam, lelaki berusia 25 tahun itu menerima tiga tikaman di perut manakala adiknya mengalami lebam pada belakang tubuh akibat ditumbuk.

Namun, kedua-dua mereka dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan awal mendapati dua beradik itu bersama tiga rakan ke gelanggang terbabit apabila menerima panggilan daripada seorang lelaki berusia 17 tahun untuk berbincang dan menyelesaikan perselisihan faham di sekolah.

“Sebaik tiba, dua beradik itu dikerumuni 10 lelaki berasal dari Kampung Darau termasuk pemanggil untuk berbincang. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan