Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perancis minat teroka pelaburan di Sabah

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman (kanan) mengadakan perbincangan dengan Duta Besar Perancis ke Malaysia. Christophe Penot, di kediaman rasmi Ketua Menteri, di Sri Gaya, Likas. - foto JKM
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman (kanan) mengadakan perbincangan dengan Duta Besar Perancis ke Malaysia. Christophe Penot, di kediaman rasmi Ketua Menteri, di Sri Gaya, Likas. – foto JKM

KOTA KINABALU – Duta Besar Perancis ke Malaysia, Christophe Penot menyatakan minat negara itu untuk meneroka peluang perniagaan dan pelaburan di Sabah.

Untuk itu, beliau berkata, pihaknya berhasrat membawa wakil syarikat-syarikat dari negara berkenaan mengadakan satu lawatan kerja ke Sabah bagi melihat peluang-peluang pelaburan yang terdapat di negeri ini.

“Pelancong dari Perancis turut tertarik dengan Sabah kerana keindahan negeri ini yang terdapat banyak pulau peranginan, pantai dan pusat menyelam terkemuka dunia,” katanya semasa mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, Likas, di sini hari ini.

Antara perkara lain yang dibincangkan kedua pemimpin ialah mengenai rancangan menjalin kerjasama dalam sektor pelancongan, guna tenaga baharu dan pengurusan sisa buangan.

Sementara itu, Musa yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan kehadiran para pelabur asing ke Sabah.

“Kita amat menyenangi kehadiran ramai pelabur dari seluruh negara. Sabah merupakan sebuah negeri yang harmoni meskipun terdiri daripada pelbagai etnik dan berbilang kaum,” katanya dalam ucapan balas. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan