Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peranan Wanita semakin terserlah

B DIPERKENALKAN

PASIR SALAK 1 Sept. – Peranan wanita semakin menyerlah, kepimpinan dan sumbangan wanita semakin signifikan, relevan dan terserlah di semua peringkat dalam parti dan kerajaan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rahid Shirlin berkata,dengan kekuatan keahlian seramai 1.3 juta dari 191 bahagian mewakili 20,797 cawangan dari seluruh negara, Wanita UMNO terus mengorak langkah dengan penuh yakin dan semangat, tanpa menoleh ke belakang untuk menggembleng potensi yang ada bagi melonjakkan kemajuan dan pembangunan wanita.

Katanya,berkat  perjuangan Wanita UMNO dari dulu hingga kini banyak dasar tentang kedudukan wanita, keluarga dan masyarakat direalisasikan pada hari ini.

rosnah

Dasar-dasar itu adalah hasil memorandum Wanita UMNO baik daripada usul sosial, agama dan ekonomi.

“Hasil perjuangan pemimpin-pemimpin wanita di segenap peringkat, tanpa mengenal erti penat, lelah dan jemu, wanita Malaysia berjaya memecah tradisi apabila 30 peratus penglibatan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam telah tercapai dan akan menjadi realiti dalam sektor korporat” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak Perak dekat sini, semalam.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddon Abd. Rahman dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, sudah tiba masa peranan wanita dalam membuat keputusan parti diarus perdanakan sesuai dengan beberapa usul yang dikemukakan oleh beberapa bahagian pergerakan Wanita UMNO yang telah mengadakan persidangan yang meminta diwujudkan jawatan Naib Presiden yang dikhususkanya untuk wanita.

Walau bagaimanapun, Rosnah berkata, ia terpulang kepada pertimbangan pucuk pimpinan parti yang sentiasa melihat sumbangan pergerakan itu sebagai sebuah organisasi akar umbi yang boleh dijadikan kayu ukur  sebagai pengiktaran atas peranan dan sumbangan wanita  kepada parti selama 68 tahun.

Komen


Berita Berkaitan