Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita Perlu Terlibat Sama Dalam Pengubalan Dasar- Samsudin 

Datuk Samsudin Yahya
Datuk Samsudin Yahya
KOTA KINABALU- Para pemimpin tidak kira di peringkat kerajaan negeri mahupun pusat  diseru agar memberi perhatian kepada peranan wanita sebagai pembuat dasar di negara ini khususnya negeri Sabah.
Datuk Samsudin Yahya (BN- Sekong) telah mencadangkan agar nama Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna ditukarkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Masyarakat, dan Hal Ehwal Pengguna negeri Sabah.
“Saya percaya dengan meletakkan perkataan “wanita”, skop serta fungsi kementerian akan lebih meluas seperti mana-mana kementerian di Kerajaan Pusat”, katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), disini, hari ini (Rabu).
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Bajet 2016 di Persidangan DUN Sabah, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga.
Disamping itu, beliau juga telah mencadangkan agar bilangan wanita dalam kementerian tersebut ditambah kerana skop kerja yang sangat meluas.
“Usaha Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 tidak dapat dicapai jika wanita tidak dilibatkan sebagai pengubal dasar dan penyokong ke arah pertumbuhan yang diperlukan untuk membawa kemakmuran kepada rakyat”, katanya.- Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan