Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Peranan wanita penting untuk membantu BN

Tawfiq menerima laporan Jalinan Rakyat (JR) dari Sharifah Salmah Habib Hassan AJK wanita Umno Tawau

Tawfiq menerima laporan Jalinan Rakyat (JR) dari Sharifah Salmah Habib Hassan AJK wanita Umno Tawau

TAWAU : Peranan dan jasa golongan  wanita dalam membantu kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya sewajarnya terus dihargai semua pihak.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, peranan mereka haruslah dihargai kerana mereka adalah barisan paling hadapan semasa pilihan raya.

Justeru, katanya, keperluan dan kepentingan mereka haruslah sentiasa dijaga dalam segenap segi.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan perjumpaan bersama pergerakan wanita UMNO Bahagian Tawau di sini.

Pada masa yang sama, Tawfiq yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau berharap penyelaras dan Jalinan Rakyat (JR)  sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam usaha mengenalpasti pengundi di kawasan masing masing.

Bagaimanapun, beliau memuji langkah ke hadapan yang dilakukan oleh Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau dalam melaksanakan program awal mengenalpasti pengundi.

” Langkah ini seharusnya menjadi langkah awal dalam membantu memastikan UMNO dan BN terus mendapat mandat pada pilihan raya akan datang, ” katanya lagi.

Turut hadir, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau, Datuk Rosdianah Mohd Nor.- Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan