Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peranan surau perlu diaktifkan

Ismail (kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Arifin, sambil diperhatikan oleh Manap (kanan).
Ismail (kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Arifin, sambil diperhatikan oleh Manap (kanan).

KOTA KINABALU – Peranan surau perlu digerakkan secara lebih aktif bagi menjana kcemerlangan umat Islam di negeri ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif berkata, adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk mengurus dan mempelbagaikan kegiatan surau dengan program bermanfaat.

“Kegiatan surau perlu diisi dengan program kerohanian, fizikal dan intelektual bagi meningkatkan minda masyarakat dan melahirkan umat Islam yang beriman, bertaqwa dan progresif bagi menjamin kejayaan di dunia dan akhirat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Surau At-Taqwa Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di Jalan Lintas, Kepayan, di sini hari ini.

Ujar beliau, sejarah perkembangan Islam mencatatkan bahawa surau tidak hanya berfungsi sebagai tempat ibadah semata-mata, bahkan surau dijadikan platform dalam membina dan memajukan masyarakat dan negara.

“Fungsi masjid dan surau sebagai tempat beribadah dan institutsi menimba ilmu agama juga perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat islam selaras dengan tuntutan Islam supaya dakwah islamiah dapat berkembang sesuai dengan kemajuan ilmu pengetahuan sains dan teknologi,” katanya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan