Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peranan Rela bukan sekadar jaga `majlis kahwin’

Hamisa Samat (tengah) menerima cenderahati daripada Samasuddin semasa majlis penutupan Asas Rela dan Penyusunan Platun Daerah Tawau di Taman Semarak, Tawau di sini semalam.
Hamisa Samat (tengah) menerima cenderahati daripada Samasuddin semasa majlis penutupan Asas Rela dan Penyusunan Platun Daerah Tawau di Taman Semarak, Tawau di sini semalam.

TAWAU – Mentaliti masyarakat yang masih beranggapan bahawa peranan pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) hanya berfungsi mengawal lalu lintas pada majlis perkahwinan sahaja perlu diubah.

Sebetulnya, tanggungjawab Rela lebih daripada itu dan kewujudan pasukan itu mempunyai visi dan matlamat penting selaras dengan dasar-dasar kerajaan iaitu menghulurkan membantu kepada mana-mana pihak yang memerlukan.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hamisa Samat berkata, peranan anggota Rela terus relevan kerana mereka menjadi mata dan telinga kerajaan dalam memastikan keamanan dan keselamatan masyarakat terus terpelihara.

“Selepas beberapa tahun, fungsinya Rela diperluaskan lagi. Jadi, saya amat berharap agar lebih ramai lagi anak-anak muda akan menjadi anggota Rela pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Asas Rela dan Penyusunan Platun Daerah Tawau di Taman Semarak, Tawau di sini semalam.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengarah Rela Sabah, Samasuddin Lawe serta anggota Rela daerah ini.

Hamisa menambah, keahlian Rela yang dianggotai pelbagai kaum juga mempunyai kepakaran, peralatan dan kelengkapan untuk membolehkan mereka bergerak seperti anggota penguatkuasa lain dalam membanteras kemasukan pendatang tanpa izin

Tambahnya, kewujudan Rela mampu untuk membantu anggota polis seperti menangani masalah vandalisma kalangan remaja yang terciri, membantu mengawal keselamatan kampung daripada penjenayah dan kecurian.

Jelas Hamisa, agak mengecewakan apabila masih ramai mempertikaikan pembabitan Rela membanteras pendatang.

“Dalam hal ini, saya melihat mentaliti masyarakat masih memikirkan dengan ada polis saja, semua aktiviti itu boleh dilaksanakan dan tanggapan masyarakat perlu diubah kerana Rela juga boleh memainkan peranan,” ujarnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan