Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peranan penolong pegawai penerangan penting tingkatkan kesedaran menderma darah

KOTA KINABALU: Peranan Penolong Pegawai Penerangan di Jabatan Perubatan Transfusi penting dalam meningkatkan kesedaran umum tentang menderma darah secara sukarela.

Ketua Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Queen Elizabeth II, Dr. Shahnaz Irwani Sabri berkata, untuk menerapkan kesedaran kepada masyarakat umum jabatan itu memerlukan satu pasukan promosi yang mantap.

“Di sinilah keperluan anggota Penolong Pegawai Penerangan yang bertugas di Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) iaitu bagi membantu promosi serta kempen derma darah agar bekalan darah di Unit Tabung Darah di negeri ini mencukupi.

“Keperluan bekalan darah darah di setiap hospital amat penting terutama bagi menampung penggunaan pesakit-pesakit Thalasemia, rawatan kecemasan dan pembedahan,” jelas beliau.

Beliau menyatakan demikian ketika mengetuai rombongan Pegawai Jabatan Perubatan Trasfusi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas mengunjungi Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah, Swady Guliling di Wisma Dang Bandang, pada Selasa.

Menurut Shahnaz, kunjungan tersebut bertujuan memaklumkan penyelarasan perjawatan Penolong Pegawai Penerangan yang berkhidmat di JKNS khususnya yang bertugas di Jabatan Perubatan Trasfusi Negeri Sabah.

Setakat ini, katanya, terdapat sembilan perjawatan Penolong Pegawai Penerangan dan mereka bertanggungjawab memastikan promosi serta kesedaran terhadap kepentingan menderma darah di samping kempen mengamalkan gaya hidup sihat dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat.

Beliau turut berharap semua Penolong Pegawai Penerangan yang berkhidmat di JKNS turut menerima kemudahan dari aspek latihan perhubungan awam seperti mana pegawai lain yang bertugas di JaPen bagi memantapkan peranan mereka.

Hadir sama, Timbalan Pengarah JaPen Sabah, Supian Musa, Timbalan Pengarah (Klinikal) HWKK Likas, Dr. Marcus Netto, Ketua Unit Transfusi HWKK Likas, Dr. Christine Lu, Ketua Unit Transfusi HQE, Dr. Saliz Mazrina Shahrom dan Pegawai Perubatan Jabatan Perubatan Transfusi HQE II, Dr. Nur Raihana Jaafar, Penolong Pegawai Penerangan Tabung Darah HQE, Lorna Abie, Penolong Pegawai Penerangan Jabatan Perubatan Transfusi, Dg. Rizaniyah Mohd Ghazali dan Penolong-Pegawai Penerangan Tabung Darah HQE II, Jorimin Langap./Penerangan-

Marcus (kiri) menjelaskan tentang fungsi HWKK kepada Swady, Supian (tiga kanan), Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan dan Kewangan JaPen Sabah, Patrick Laing Ngau (dua kanan) dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Imelda Godon (kanan).

Komen


Berita Berkaitan