Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peranan penjawat awam semakin mencabar, kata Tengku Adnan

adnan

LABUAN: Peranan penjawat awam yang semakin mencabar ketika ini memerlukan tindakan drastik pihak kerajaan untuk melakukan tranformasi, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sehubungan dengan itu katanya, Perdana Menteri telah memperkenalkan Program Tranformasi untuk mentranformasikan kerajaan agar lebih efetif dalam penyampaian perkhidmatan yang boleh memberi kepuasan kepada rakyat.

“Jesturu itu saya merayu kepada penjawat awam supaya sentiasa bersama-sama dengan kerajaan untuk bekerja sebagai satu pasukan dan sama-sama berdoa agar hasil maksum negara ini dapat bertambah yang boleh menyumbang semula kepada pembangunan rakyat dan juga penjawat awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Town Hall Season bersama Penjawat Awam peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan, pada Jumaat.

Hadir sama, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. Loga Bala Mohan, Ahli Parlimen Labuan yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Rozman Datuk Isli, Ahli Dewan Negara, Datuk Haji Yunus Haji Kurus, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Adnan Ikhsan, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Mohd Phesal Talip dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Nazri Osman.

Hadir sama Ketua-Ketua Pemimin masyarakat dan kira-kira 1,000 orang kakitangan awam daripada 80 agensi kerajaan yang terdapat di pulau ini.

Beliau berkata, kerajaan juga telah memperkenalkan beberapa prinsip bagi merealisasikan konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam untuk dilaksanakan dengan lebih baik.

“Antara tranformasi yang diterjemahkan untuk diamalkan oleh penjawat awam termasuklah sentiasa turun padang untuk mendengar dan melihat sendiri keperluan dan masalah rakyat,” katanya.

Selain itu katanya, memperhebatkan penglibatan dengan rakyat menerusi engagement dan memberikan penjelasan yang jelas mengenai dasar-dasar kerajaan serta sentiasa berkerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan NGO’s untuk memperkasakan perkongsian sumber maklumat,” katanya.

Pada sesi dialog dan soal jawab bersama penjawat awam beliau berkata kerajaan melalui Kementeriannya sentiasa melihat akan keperluan yang boleh membawa manfaat kepada rakyat Labuan secara menyeluruh.

Katanya, projek yang akan diberi keutamaan ialah menyediakan lebih banyak rumah untuk rakyat dan ia termasuklah membina 1,600 unit rumah mampu milik di Kampung Ganggarak yang kini sedang dalam pembinaan.

Disamping itu katanya, kementerian juga baru mendapat tanah untuk membina 500 unit rumah murah di Jalan Batu Arang dan 350 unit lagi akan dibangunkan oleh Perbadanan Labuan untuk rumah Penjawat Awam 1Malaysia yang dianggarkan bernilai antara RM90,000 hingga RM120,000.

Dalam waktu yang sama, beliau juga melahirkan rasa kecewa kerana beberapa projek yang dibangunkan sebelum ini tidak memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat, malah menganggap projek tersebut sebagai membazir.

Antara projek yang disebut oleh beliau sebagai projek membazir termasuklah projek Labuan Halal Hab yang bernilai RM86juta, Labuan International Golf Club 18 lubang (RM34 juta) dan pembinaan gelanggang Boling Padang (RM10 juta) serta pembinaan jeti LKIM.

“Semua projek ini gagal memberi manfaat dan lebih baik duit itu kita berikan kepada rakyat” katanya.

Pada majlis itu, beliau juga mengesa pihak Polis dan penguatkuasa Perbadanan Labuan untuk bekerjasama dalam mebanteras kegiatan judi haram yang dijalankan oleh siber kafer sehingga mendatangkan impak negatif kepada kerajaan.

Komen


Berita Berkaitan