Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,736

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Peranan Pasukan Bomba Sukarela Penting – Pengarah Bomba Sabah

8:05pm 19/03/2016 Pak Roshan 71 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

bomba

BELURAN : Peranan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) amat penting terutamanya bagi kawasan yang terletak jauh daripada Balai Bomba dan Penyelamat, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Sabah Nordin Pauzi.

Beliau berkata JBP Sabah sentiasa membantu pasukan ini dari aspek latihan dan akan memperlengkapkan kemudahan peralatan secara berperingkat-peringkat kepada PBS.

“Di negeri ini, terdapat 38 PBS yang aktif dengan keanggotaan 1,276 orang,” katanya pada majlis perasmian Balai Bomba PBS Kolapis Pasir yang disempurnakan anggota Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dekat sini, Sabtu.

Nordin berkata penubuhan PBS Kolapis Pasir tepat pada masanya memandangkan kampung itu mempunyai kepadatan rumah yang tinggi dan perlu sentiasa diawasi daripada bahaya kebakaran.

Beliau berkata daerah Beluran belum mempunyai kemudahan balai bomba dan yang terdekat adalah di Kinabatangan.

Nordin berkata anggota PBS yang berdaftar akan dilindungi insurans kelompok bernilai maksima RM15,000 sekiranya berlaku kecederaan atau kematian.

Sementara itu, Ronald yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat berkata pejabat Parlimen Beluran menyalurkan peruntukan RM50,000 bagi menyiapkan Balai Bomba PBS Kampung Kolapis Pasir.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan sumbangan tambahan sebanyak RM20,000 untuk tujuan pengoperasian dan bekalan uniform pasukan tersebut.

Menurutnya, penglibatan masyarakat dalam aktiviti kesukarelaan merupakan platform untuk menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara serta dapat menghindari gejala kurang sihat dalam kalangan belia khususnya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan