Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peranan KRT kini lebih meluas: Kurup

KOTA KINABALU – Warga Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kini bukan sahaja berperanan meningkatkan perpaduan rakyat tetapi turut berfungsi menjaga keselamatan masyarakat setempat di kawasan masing-masing.

“KRT kini bukan sahaja menjalankan aktiviti kejiranan tetapi berperanan menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat berkaitan isu yang melibatkan perpaduan,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis Perhimpunan Semarak Padu yang berlangsung di Auditorium Kompleks Persekutuan Sabah di sini hari ini.

Beliau berkata, sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan KRT dalam pembangunan masyarakat di negara ini, kerajaan menyediakan geran tahunan bagi membolehkan KRT menjalankan aktiviti kejiranan mereka.

“Melalui geran tahunan yang disalurkan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), kerajaan berharap ianya dapat membantu aktiviti KRT khasnya di negeri ini,” katanya lagi.

Sebanyak 903 buah KRT telah diwujudkan di negeri sekaligus menjadikan Sabah sebagai negeri yang banyak menubuhkan KRT.

Sementara itu, seramai 25 orang wakil KRT dari Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar dan Tuaran masing-masing menerima geran tahunan berjumlah RM6,000 yang disampaikan oleh Kurup.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan ‘ang pau’ sempena perayaan Tahun Baru Cina kepada 20 orang warga emas.

Turut hadir di majlis itu, Menteri Perpaduan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abd Rahman. – Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR

TERHARU… Salah seorang warga emas terharu apabila menerima ‘ang pau’ daripada Kurup sambil disaksikan oleh Menteri Perpaduan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abd Rahman.
TERHARU… Salah seorang warga emas terharu apabila menerima ‘ang pau’ daripada Kurup sambil disaksikan oleh Menteri Perpaduan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abd Rahman.

Komen


Berita Berkaitan