Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,664

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Peranan guru penting dalam pembangunan negara

3:30pm 20/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 28 views Tempatan
RAIKAN... Puteri Umno Sabah meraikan sambutan Hari Guru bersama para guru di SK Buit Penampang

RAIKAN… Puteri Umno Sabah meraikan sambutan Hari Guru bersama para guru di SK Buit Penampang

KOTA KINABALU- Guru mempunyai peranan penting dalam membangunkan sesebuah negara, kata Ketua Puteri Umno Sabah, Normala Rasik.

Menurut Normala, kejayaan negara beralih daripada sebuah negara berasaskan ekonomi pertanian kepada sebuah negara perindustrian baru yang pesat berkembang, sebahagian besarnya adalah kerana jasa dan bakti para guru.

Beliau berkata tidak ada sesiapapun yang boleh memandang rendah dan memperleceh peranan serta sumbangan besar para guru terhadap kemajuan yang dicapai oleh negara kita hari ini.

Katanya dalam menghadapi persaingan global yang semakin sengit sistem dan amalan pendidikan di negara kita perlu ditransformasi.

“Kualiti guru-guru kita perlu dimantapkan, mutu kepimpinan sekolah perlu ditingkatkan, kurikulum dan sistem pentaksiran perlu diperkemaskan, prasarana sekolah perlu ditambahbaik, sumber dan sistem penyampaian pendidikan perlu diurus dengan lebih cekap.

“Hanya guru yang berkualiti dapat mewujudkan pendidikan yang berkualiti. Saya percaya, guru-guru yang telah lama berkecimpung dalam bidang pendidikan dapat mengemukakan saranan terbaik tentang bagaimana kualiti guru, termasuk kualiti pengajaran dan pembelajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada sambutan Hari Guru SK Buit Penampang kelmarin.

Menurut beliau masyarakat harus disedarkan agar mereka tidak hanya meletakkan pengharapan kepada guru sahaja, sebaliknya ia menjadi tugas bersama.

Jelasnya usaha sama harus dijalin agar masyarakat umum tidak mudah melenting dan mula menuding jari kepada golongan guru apabila berlaku gejala sosial dalam kalangan pelajar.

Beliau turut mengingatkan guru-guru sekolah ini agar menunjangi tugas utama iaitu membangunkan modal.

Sementara itu, Guru Besar SK Buit Penampang, Matusin Matali amat terharu dengan Sambutan Hari Guru anjuran Puteri Umno Sabah.

Beliau turut melahirkan rasa terkilan apabila terdapat segelinitir ibu bapa yang bertindak terhadap guru-guru yang cuba mendisiplinkan anak-anak mereka.

“Sedangkan mereka (guru) hanya mengajar dan memperbetulkan tindakan anak-anak mereka agar menjadi murid yang baik,”katanya. SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan