Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peranan guru kaunseling bimbing pelajar dan guru sekolah: Jame

TAWAU: Guru kaunseling sekolah berperanan besar mengubah suasana sekolah menjadi lebih positif dalam meningkatkan semangat pembelajaran di kalangan pelajar seterusnya mampu melonjakkan prestasi akademik di sekolah masing-masing.
“Guru bimbingan dan kaunseling ini berperanan dalam memberi motivasi, semangat tinggi dan menekankan kepada masyarakat penyayang di kalangan pelajar tanpa mengira latar belakang,” kata Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip.
Beliau berkata demikian kepada media selepas berucap pada Seminar Guru Bimbingan dan Kaunseling Peringkat Negeri Sabah di sini kelmarin.
Jame berkata, selain memberi motivasi kepada pelajar bermasalah, guru kaunseling juga boleh memberi panduan kepada guru-guru lain bagi membantu mereka lebih memahami masalah pelajar di sekolah.
“Guru kaunseling perlu membantu rakan-rakan guru lain mengenai panduan mengawal emosi diri apabila berdepan dengan disiplin pelajar bagi mengelakan perkara yang tidak diingini daripada berlaku,” katanya.
Sementara itu, beliau turut kesal dengan kejadian seorang pelajar sekolah di daerah ini yang cedera parah selepas dibelasah oleh seorang guru baru-baru ini.
Ketika ditanya mengenai isu seorang pelajar sekolah di daerah ini yang dilapor patah patah kaki kanan, lebam di kaki dan benjol di kepala oleh akhbar tempatan baru-baru ini, Jame menjelaskan pihaknya kesal dengan kejadian tersebut.
“Saya telah melawat sekolah tersebut dan yakin guru terlibat tiada niat mencederakan pelajar itu,” katanya.
Jame menjelaskan, pihak jabatan sedang menunggu laporan polis dibuat berhubung kejadian itu sebelum tindakan lanjut dapat diambil. – oleh Masani Sandan / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan