Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,741

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Peranan belia dalam pembangunan Negara penting

5:33pm 28/11/2015 Ann Vivien 151 views Isu Semasa,Tempatan
Samsudin bergambar kenangam bersama para pesetta.

Samsudin (tengah) bergambar kenangan bersama para peserta.

SANDAKAN: Kerajaan sentiasa menghargai dan mengiktiraf peranan serta sumbangan golongan belia dalam pembangunan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata golongan belia perlu bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti, termasuk ekonomi, kepimpinan dan sosial di semua peringkat dalam menggerakkan agenda ke arah mencapai negara maju

Beliau berkata negara Malaysia memerlukan usahawan belia untuk membangunkan dan menjana kekayaan negara. Kerajaan akan terus memperkasakan golongan belia terutamanya yang terlibat dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.

Beliau berkata demikian semasa merasmi Seminar Usahawan anjuran Umno Batu Sapi di Dewan PPR Batu Sapi hari ini.

Menurut Samsudin yang juga Ketua Umno Batu Sapi,  komitmen kerajaan terhadap pembangunan usahawan belia tidak pernah putus malah terus dipertingkatkan memandangkan potensinya kepada perkembangan ekonomi negeri.

Dalam konteks ini, kerajaan amat mengambil berat kepentingan para belia serta sentiasa menghargai peranan dan sumbangan bidang keusahawan belia yang dilihat penting untuk digembleng secara bersepadu, jelasnya.

Beliau berkata, usaha menggerakkan kesedaran mengenai aktiviti keusahawanan itu penting bagi membolehkan mereka menjadikannya pilihan utama menikmati hasil kekayaan negara.

Turut hadir sama Ajk Umno Batu Sapi,,wakil Jabatan Kemas Daerah Sandakan dan penceramah jemputan.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan