Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Peralatan canggih diperlukan untuk kawal keselamatan di Pantai Timur Sabah

6:50pm 24/11/2015 Dewiana Tinggolongon 227 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

IMG_0365KOTA KINABALU- Penggunaan peralatan canggih perlu dipertingkatkan sebagai langkah meningkatkan tahap keselamatan di kawasan Pantai Timur Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN, Datuk Jaujan Sambakong berkata, penggunaan peralatan Drone berprestasi tinggi untuk membantu kerja-kerja peninjau dan risikan dilakukan untuk mengawal dan menghadapi jenayah rentas sempadan.

“penggunaan alat-alat peninjau dengan pemasangan CCTV di setiap resort , perkampungan air, atau setinggan yang dikenal pasti kawasan sering berlaku jenayah.

“Selain itu, sebelum ini saya juga pernah menyarankan penggunaan helikopter  yang boleh digunakan pada sebelah malam dan membina kemudahan helipad ditempat-tempat strategik seperti Sandakan dan Semporna,” katanya dalam sidang di Dewan Undangan Negeri,disini hari ini (selasa).

Beliau berkata demikian ketika membahas Bajet 2016 di persidangan DUN Sabah mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga.

Jaujan berkata, kewujudan Esszone dan Esscom memberi kebaikan namun ia masih tidak mencukupi untuk menjamin keselamatan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, kemudahan canggih diperlukan bagi membantu kawalan berkenaan.

Dalam pada itu beliau berkata penguatkuasaan undang-undang sedia ada juga perlu dikuatkuasakan dengan mengenakan hukuman yang setimpal sebelum mereka dihantar balik supaya mereka serik melakukan kesalahan tersebut.

katanya isu keselamatan berkait rapat dengan isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang banyak menimbulkan masalah sosial dan menggugat kesalamatan.

Kerajaan juga terpaksa menaggung kos perbelanjaan yang banyak untuk membiayai PATI yang ditahan di imigresen

“Kedatangan mereka ini memberi banyak masalah dan turut merampas hak rakyat tempatan dari sudut ekonomi terutamanya mengusahakan premis-premis yang disewakan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab kepada pendatang asing,” katanya.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan