Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PERALATAN BOMBA AKAN DILETAKKAN DEKAT KAWASAN BERISIKO

Ketua Menteri meninjau kawasan kebakaran di Semporna.Gambar SNT/Ehsan JKM

SEMPORNA: Kerajaan bersedia mewujudkan kemudahan perkhidmatan peralatan Bomba & Penyelamat di kawasan perairan sungai serta laut bagi membenteras masalah kebakaran di kawasan perkampungan setinggan di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Afdal berkata, pihaknya sudah berbincang dengan Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah yang diketuai Datuk Jaujan Sambakung bagi menyelaras cadangan ini untuk dilaksanakan segera terutama di beberapa kawasan perkampungan atas air yang dilihat sebagai penyumbang kepada faktor kebakaran dalam skala yang besar.

Katanya, peringkat awal kemungkinan Bomba dan Penyelamat akan menyediakan peralatan utama dalam usaha untuk memadam kebakaran bagi mengelak ianya merebak ke kawasan rumah yang berhampiran.

“Kita yakin penempatan bomba sambil dilengkapi dengan peralatan memadam kebakaran merupakan langkah awal untuk mencegah kebakaran daripada ianya merebak ke kawasan perkampungan yang terletak berhampiran sungai dan laut.

Shafie melawat tapak kebakaran di Semporna hari ini. Gambar SNT/Ehsan JKM

“Kita mendapati kawasan sungai serta laut tidak mempunyai pili bomba menyebabkan kerja-kerja memadam kebakaran akan terjejas sekaligus menyebabkan kebakaran akan mudah merebak ke kawasan-kawasan rumah yang berkedudukan sangat rapat serta penduduk yang padat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Air Semporna, di Dewan Belia dan Sukan Semporna, di sini tadi.

Shafie bersama isteri beliau menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak mangsa kebakaran di Semporna. Gambar SNT/Zakaria Damit

Dalam kebakaran baru-baru ini, di Kampung Air Hujung dan Kampung Air Tengah Semporna Sabah itu, seramai 1,086  penduduk di situ kehilangan tempat tinggal, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketika ditanya pemberita mengenai langkah penyusunan semula kawasan setinggan di negeri ini Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, kerajaan negeri mengambil masa sedikit untuk menyusun semula perkampungan setinggan berikutan masalah ini juga dihadapi di berapa besar bandar terutama di Kuala Lumpur serta beberapa negara di seluruh dunia.

Adik Muhaidi Suhaimi menunjukkan kawasan rumahnya yang terlibat dalam kebakaran baru-baru ini di Semporna.Gambar SNT/Zakaria Damit

“Mungkin perkara ini perlu diatasi secara berperingkat-peringkat, sebagai contoh ada bebrapa kawasan kampung mempunyai bilangan setinggan hampir 1000 rumah, kita akan disusun secara baik jika tidak jumlah setinggan mungkin boleh meningkat kepada 50-ribu dalam tempoh 10 tahun.”

“Faktor pembiakan rumah setinggan juga perlu diambil kira, kita perlu urus tadbir dengan baik disamping mengelak masalah lain termasuk faktor keselamatan serta kesihatan akan timbul di kawasan itu,” katanya.

Shafie melawat mangsa kebakaran di Dewan Belia dan Sukan, Semporna hari ini. Gambar SNT/Ehsan JKM

Shafie berkata, jika perkara ini tidak diurus secara bijak serta tidak dibendung di peringkat awal berkemungkinan besar akan membebankan kerajaan negeri serta rakyat di masa depan.

“Kita tidak mahu rakyat tinggal di kawasan setinggan sepanjang masa kerana kerajaan negeri ini mempunyai tanah yang banyak bagi menempatkan mereka secara tersusun serta diselesaikan secara berperingkat-peringkat,” katanya.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan