Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perak, Sabah berentap di final

PEMAIN Perak meraikan kemenangan selepas menewaskan Kuala Lumpur 2 0 dalam saingan suku akhir Hoki Bawah 14 tahun diantara Kuala Lumpur menentang Perak di Stadium Hoki Bukit Jalil. – Foto Muhd Zaaba Zakeria

 

KUALA LUMPUR: Perak akan menentang Sabah pada final Kejohanan Hoki Bawah 14 tahun (B-14) TNB-1Mas, esok selepas menewaskan Kuala Lumpur 2-1 dalam aksi separuh akhir Kumpulan X di Stadium Nasional, hari ini.

Kemenangan itu membolehkan anak buah Azmi Yahya itu mengungguli saingan kumpulan dengan enam mata selepas turut menewaskan Perlis 3-0, Rabu lalu.

Sabah yang terlebih dahulu mengesahkan kemaraan semalam pula mengungguli Kumpulan Y dengan menundukkan Johor dan Pahang masing-masing dengan jaringan 1-0.

Azmi berkata, kejayaan anak buahnya mara ke final membuktikan tiada apa yang mustahil selepas tidak diletakkan sebarang harapan.

“Saya bersyukur kerana kami ke final dan ini satu bonus kerana sebelum ini hanya meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok empat pasukan terbaik,” katanya selepas perlawanan tamat.

Dalam aksi itu, Perak membuka jaringan menerusi gol padang, Amirul Hanif bin Mamat pada minit ke-13 dan lima minit kemudian mereka mengukuhkan cengkaman menerusi pukulan padu Syahrul Ikram Razali.

Gol sagu hati Kuala Lumpur hadir dua minit sebelum perlawanan tamat hasil jaringan padang Syafiq Abdullah.

“Sabah pasukan pilihan pada final esok kerana sudah membuat persiapan rapi berbanding kami yang menggabungkan pemain dari empat sekolah dan mempunyai tempoh tujuh hari saja untuk membuat persediaan,” katanya. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan