Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PERAGUT DIBERKAS DAN DIBELASAH

8:23pm 16/05/2014 Pak Roshan 105 views Kota Kinabalu

pic_2
KOTA KINABALU: Dua peragut berjaya diberkas dan dibelasah oleh orang awam ketika cuba melarikan diri setelah meragut beg seorang pelajar wanita.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang berhampira Land Riverside Kingfisher di sini kelmarin.

Kedua-dua peragut yang masing-masing berusia 21 dan 22 tahun berjaya diberkas apabila cubaab mereka untuk melarikan diri gagal apabila motosikal mereka dilanggar oleh sebuah kereta Honda dipandu lelaki tempatan yang menyaksikan insiden tersebut.

Ketua Polis Bandaraya ACP Jautetlh Dikun mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau juga memuji keperihatinan orang awan yang turut membantu menahan kedua-dua peragut.

Menurut beliau, kerjasama sedemikian amat diharapkan daripada masyarakat dalam membantu pihak polis membanteras jenayah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan