Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peragut dibelasah orang ramai

peragut

KOTA KINABALU: Tindakan seorang warga asing yang bertindak meragut seorang kakitangan kerajaan hanya memakan diri selepas dia dibelasah orang ramai dan ditahan berhampiran premis makanan Sugar Bun, Jalan Pantai, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengahari di Segama itu, difahamkan mangsa, wanita berusia 30an dikatakan baharu sahaja keluar dari kenderaan dinaiki bersama tiga rakannya.

Bagaimanapun, sebaik berada di salah satu lorong blok bangunan berkenaan, secara tiba-tiba mereka didatangi seorang lelaki tidak dikenali.

Dipercayai, suspek kemudiannya berada di belakang mangsa lalu berpura-pura jatuh sebelum bertindak meragut tas tangan dan telefon bimbit mangsa.

Terkejut dengan insiden itu, mangsa kemudiannya menjerit meminta pertolongan dan mujur disedari oleh beberapa orang awam yang secara kebetulan berada di tempat kejadian lalu mengejar suspek.

Suspek kemudiannya melarikan diri ke kawasan Jalan Pantai berhampiran premis makanan Sugar Bun sebelum berjaya dicekup oleh orang awam di situ dan diserahkan kepada pihak polis.

Mangsa turut difahamkan mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan dalam kejadian itu.

Komen


Berita Berkaitan