Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penyu berusia 30 tahun ditemui mati

10:08pm 08/03/2016 Leolerry Lajius 300 views Tempatan
Keadaan penyu yang terdampar di pantai tersebut.

Keadaan penyu yang terdampar di pantai tersebut.

SIPITANG: Seekor penyu yang dianggarkan berusia 30 tahun ditemui mati terdampar di pantai berhampiran Rumah Tetamu Sipitang, di sini, hari ini.

Bangkai sepanjang lebih satu meter itu ditemui sekumpulan wartawan yang kebetulan berada di lokasi kejadian, kira-kira jam 5.30 petang.

Penyu itu dipercayai mati sejak beberapa hari lalu berdasarkan keadaannya yang berbau busuk dan dihurung lalat.
Selain itu, terdapat kesan darah yang keluar dari bahagian mulut haiwan tersebut selain bahagian belakang cengkerang yang terkopek.
Ahli Biologi Marin Gaya Island Resort Scott Mayback ketika dihubungi berkata, terdapat dua kemungkinan yang menyebabkan haiwan itu mati.
“Pertama, penyu tersebut mati akibat termakan plastik yang dibuang di laut kerana menganggapnya makanan. “Selain itu, ada kemungkinan haiwan itu terlanggar bot nelayan menyebabkan ia cedera lalu mati,” katanya.
Tambahnya, berdasarkan keadaan bangkai penyu itu, ada kemungkinan ia mati ketika berada di laut dan terendam selama beberapa hari, sebelum terdampar ke pantai.
“Keadaan itu boleh menyebabkan bahagian cengkerang dan kulitnya yang tertanggal berdasarkan keadaan bangkai haiwan itu,” katanya.
Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun berkata, pihaknya sudah merujuk perkara itu kepada Taman-Taman Sabah dan Jabaan Hidupan Liar untuk tindakan lanjut.-Oleh Leolerry Lajius /Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan