Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PENYOKONG PRABOWO RANCANG GANGGU JOWOKI

penyokong  probowo

Jakarta: Penyokong Prabowo Subianto-Hatta Rajasa dilapor merangka rancangan untuk ‘mengganggu’ kemenangan Joko ‘Jokowi’ Widodo dan gandingannya Jusuf Kalla jika mereka kalah dalam saman bagi mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Presiden Indonesia 2014 yang difailkan.

Ahli politik dari kem Prabowo-Hatta merancang untuk mencetuskan satu inkuiri di Dewan Perwakilan terhadap keseluruhan proses pilihan raya presiden dan cuba melakukan manipulasi.

Seorang ahli parlimen dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS) yang menyokong tiket terbabit berkata bahawa memulaukan majlis angkat sumpah Jokowi-Kalla pada Perhimpunan Dewan Rakyat (MPR) pada 20 Oktober adalah ‘sangat mungkin’.
Penyokong Jokowi-Kalla mengutuk keras rancangan berkenaan.

“Kami terganggu dengan sebarang gerakan politik buta seperti rancangan untuk memboikot majlis angkat sumpah presiden dan naib presiden Joko Widodo dan Jusuf Kalla,” kata timbalan setiausaha agung Parti Demokratik Indonesia Perjuangan, Hasto Kristiyanto yang mengetuai gabungan Jokowi-Kalla, dalam satu kenyataan kelmarin.
Ahli politik Parti NasDem, Ferry Mursyidan Baldan juga dari kem Jokowi-Kalla turut berkongsi pendapat dengan Hasto.

“Tindakan mereka jelas membuktikan ketidakmatangan politik dan tidak mencerminkan niat sebenar dalam memperbaiki sistem pilihan raya,” katanya.

Inkuiri perundangan adalah satu hak Dewan untuk memantau kerajaan yang memberikan kuasa untuk memanggil dan menyoal mana-mana individu yang berpengetahuan dan kesaksiannya dianggap perlu kepada siasatan.

Satu daripada inkuiri berprofil tinggi pernah dibuat pada Disember 2009 untuk meneliti keputusan kontroversi kerajaan pada 2008 untuk membayar sejumlah Rp6.76 trilion (RM184 juta) dalam bentuk dana kepada Bank Century (kini dikenali sebagai Bank Mutiara) yang sedang tenat ketika itu.

Penganalisis berpendapat bahawa rancangan untuk melancarkan inkuiri terhadap pilihan raya presiden adalah bertujuan untuk mewujudkan masalah politik bagi menjejaskan kemenangan Jokowi dan mungkin bulan pertama beliau sebagai presiden.

Ahli parlimen Tantowi Yahya dari Parti Golkar yang menyokong Prabowo-Hatta berkata beliau optimis bahawa inkuiri terbabit akan dilancarkan malah sebelum majlis angkat sumpah Jokowi.

Kenyataan beliau dibuat berdasarkan bahawa keputusan pilihan raya legislatif 9 April, parti politik yang menyokong Prabowo-Hatta menguasai 75.2 peratus kerusi Dewan sekarang.

Komen


Berita Berkaitan