Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penyokong Prabowo berebut KFC

rebut kfc

Jakarta: Selepas berkumpul, berteriak dan marah-marah, penunjuk perasaan yang menyokong Prabowo Subianto gamat dan berasak-asak merebut habuan makanan disediakan untuk mereka.

 

Kekecohan berlaku sebaik saja sebuah kenderaan pikap membawa set hidangan ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC) untuk mengisi perut mereka selepas berdemonstrasi.

 

Kenderaan itu dilihat diserbu sebaik saja ia berhenti di depan pejabat Kementerian Penyelaras Ekonomi yang menjadi lokasi mereka menunjuk kemarahan atas kekalahan Prabowo.
Puluhan kotak makanan KFC, kudapan dan air mineral itu dikerumuni dan ada antara mereka terjerit-jerit mahu mendapatkan habuan masing-masing.
Lebih melucukan, pengagihan makanan itu turut menarik kedatangan orang yang tidak berkenaan.
Dalam kelam-kabut itu terdengar individu yang menyelaras bantuan berkenaan mengarahkan hanya penunjuk perasaan dibenarkan memiliki kotak berisi ayam goreng itu.

“Jangan malu-malu! Yang bukan penyokong Prabowo ke tepi! Jangan berebut!” jeritnya.
Namun, kata-katanya tidak dihiraukan sesiapa pun.
Akibat berasakan, seorang wanita dilihat terjatuh dan menjerit meminta bantuan sebelum beberapa lelaki menolong mengangkatnya.
Malangnya, makanan dibawa tidak mencukupi dan ramai juga yang hampa apabila terlepas.
Tidak kurang juga yang berang.
“Memang bodoh. Bagaimana mereka buat kiraan sehingga makanan habis begitu cepat?
“Kami penat berteriak dari pagi, namun tidak langsung mendapat makanan,” kata seorang yang kecewa.
Prabowo kini mencabar keputusan pemilihan presiden di Mahkamah Perlembagaan Indonesia. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan