Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penyewa Terselamat, Pokok Tumbang Menghempap Rumah

gambar hiasan
gambar hiasan

LABUAN, 21 Mac (Bernama) — Sebatang pokok besar tumbang lalu menghempap sebuah rumah separuh batu di sini hari ini dan merosakkan bahagian dapur, bagaimanapun penyewanya sempat memenyelamatkan diri.

Pemilik rumah berkenaan Roslan Ibrahim, berumur lingkungan 50-an, berkata pokok itu tumbang kira-kira pukul 7 pagi dan mengejutkan penyewanya daripada tidur.

“Saya tidak ada di rumah ketika itu. Penyewa saya beritahu apa yang berlaku,” katanya kepada Bernama.

Sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam kemudiannya datang untuk mengalih pokok yang tumbang itu.

Ketua Pejabat Khidmat Masyarakat kawasan Parlimen Labuan Basran Yunus berkata pegawainya telahpun menilai kerosakan dan akan menentukan jumlah bantuan untuk disampaikan kepada Roslan.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan